PUNCA BERAT BADAN SUSAH TURUN
PUNCA DAN KENAPA BERAT BADAN GEMUK SUSAH MAHU TURUN
Sebenarnya punca berat badan naik dan susah turun adalah seperti berikut :
1. PENGAMBILAN AIR SODA
Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyangJadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa
2. KURANG TIDUR
Tidur kurang dari 8 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan3. TIDAK BERSARAPAN
Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesitiDengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari
4. MAKAN TERLALU CEPAT
Kunyang makanan perlahan-lahan. Ini tidak, kalau makan berkenaan terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala itu tak sempat kunyah sudah telan terusJika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang
5. KURANG MINUM AIR PUTIH
Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum6. BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG SAMA BERAT BADAN
Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesitiItu tidak bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi
Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam dan amalkan pola pemakanan sihat
7. MAKAN KETIKA TERTEKAN/ STRESS
Ketika stress, ada diantara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. Jadi ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik8. KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
Dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal9. MAKAN DENGAN POTONGAN YANG BESAR
Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan10. MAKAN LEWAT MALAM
Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam itu menggila, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendahSeperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke ataupun roti oatmet
Semoga Bermanfaat Ye :blush:
#kpslim
Comments
Post a Comment